Tahukah anda bahawa wang anda mampu untuk memberi pulangan yang lebih baik dari apa yang anda sangkakan. Di CWA kami menyediakan satu platform untuk anda mengoptimumkan pulangan dari pelaburan anda.

Perbezaan ASB dengan Amanah Saham Swasta (Unit Trust)

Masih ramai di kalangan kita yang tertanya-tanya perbezaan di antara Amanah Saham Bumiputera dan Unit Amanah Saham Swasta (Unit Trust).

Ada yang mengatakan bahawa :
1) Melabur di Unit Amanah Saham Swasta lebih menguntungkan berbanding dari Amanah Saham Bumiputera.
2) Melabur di Unit Amanah Saham Swasta berhadapan dengan risiko kerugian yang besar dan duit hangus begitu sahaja.

Sukar untuk membuat perbandingan  kelebihan dan kekurangan untuk kedua-dua jenis pelaburan ini. Kerana perkara asas dalam pelaburan adalah risiko dan pulangan. Jika inginkan pulangan yang tinggi sudah pastilah ianya berisiko tinggi. Manakala yang berisiko rendah akan memberi pulangan yang rendah. Sebagai seorang pelabur kita harus tahu pengetahuan dan perkara-perkara asas di dalam sesuatu pelaburan tersebut.

Seharusnya, seorang pelabur yang bijak harus ambil tahu tentang profail dana, prestasi, risiko sesuatu pelaburan tersebut dan bukannya hanya mengikut apa yang telah disampaikan oleh orang dari mulut ke mulut dan seterusnya kita pun mempercayainya tanpa pengetahuan yang sebenarnya.

Amanah Saham Bumiputera :

1) Hanya dibuka untuk pelabur Bumiputera sahaja;
2) Risiko pelaburan tetap ada tetapi pelaburan ini dilindungi/dijamin oleh kerajaan;
3) Harga unit sahamnya adalah tetap iaitu Seunit = RM1. Jadi harga belian dan jualan adalah tetap dan tidak berubah. Para pelabur boleh menjual atau membeli tanpa perlu risau akan masa (timing) yang sesuai untuk transaksi;
4) Berdasarkan pada prestasi pada tahun-tahun lepas. Kadar pulangan (return) adalah sekitar 6-7% untuk dividen manakala bonus pula adalah sekitar 1-2% setahun;
5) Tiada sebarang kos yang dikenakan terhadap pelabur seperti yuran pengurusan (management fee) dan yuran tahunan (annual fee);

Unit Amanah Saham Swasta (Unit Trust) :

1) Terbuka kepada umum, ini bermaksud pelabur Bumiputera dan bukan Bumiputera boleh menyertai pelaburan ini;
2) Punya profail risiko yang tersendiri (profail yang berbeza-beza) bergantung kepada status dana-dana tersebut. Dana-dana tersebut terdiri daripada dana agresif, dana seimbang dan dana konservatif.
3) Harga seunit sahamnya berubah-ubah dari semasa ke semasa. Contohnya, harga CIMB Islamic DALI Equity Growth Fund pada 1/12/2010 adalah RM1.1337 seunit dan meningkat kepada  RM1.1730 seunit pada 30/12/2010 iaitu peningkatan sebanyak 3%.
Pelabur harus bijak dan peka dengan harga pasaran semasa sebelum membuat pembelian dan penjualan unit saham. Secara teorinya, seorang pelabur harus membeli (menyimpan) apabila harga jualan seunit yang ditawarkan adalah rendah/murah. Contohnya, menyimpan/membeli apabila harga seunit saham yang dijual oleh pihak unit amanah adalah RM0.56. Manakala, menjual/mengeluarkan unit saham yang ada apabila harga saham yang dibeli adalah tinggi/naik. Contohnya, pihak unit amanah membeli unit saham kita sekitar RM1.09 untuk seunit. Pelaburan secara berkala adalah disarankan untuk mendapat harga kos purata yang lebih manguntungkan.
4) Berdasarkan pada prestasi pada tahun-tahun lepas. Kadar pulangan bagi Unit Amanah Saham Swasta adalah sekitar >12% ke atas.
5) Terdapat yuran pengurusan (management fee) yang dikenakan terhadap pelabur. Sebagai contoh, untuk pelabur yang melabur di CWA mereka akan dikenakan yuran pengurusan sebanyak 3%-6.5% dan yuran tahunan (annual fee) sekitar 1.5%.

Sebagai seorang pelabur anda harus tahu bahawa setiap pelaburan itu pasti mempunyai risikonya. Berbanding dengan ASB, risikonya tetap ada tetapi dikawal oleh kerajaan dan disebabkan itu jugalah pulangan yang diperolehi oleh para pelabur tidaklah tinggi berbanding dengan Unit Amanah Saham Swasta(unit trust) yang mempunyai profil risiko yang tersendiri. Semakin tinggi jumlah pulangan yang bakal diperolehi maka semakin tinggi jugalah profail risiko dana tersebut.

Pelabur di Unit Amanah Saham Swasta harus bijak memilih dan seterusnya melabur di dalam dana yang mempunyai profail risiko yang bersesuaian dengan tahap keupayaan seseorang pelabur. Dan yang paling penting di sini, bahawa para pelabur harus ingat bahawa prestasi masa lepas untuk sesuatu pelaburan bukanlah satu jaminan untuk prestasi masa hadapan.
P/S : Informasi di atas disediakan untuk memahami perbezaan di antara Amanah Saham Bumiputera dan Unit Amanah Swasta.

UNTUK MAKLUMAT LANJUT TENTANG UNIT SAHAM AMANAH BOLEH CALL ATAU SMS
NAZRI DI TALIAN 012-9518300   

No comments:

Post a Comment